Wednesday, February 13, 2013

MEMBERONTAK BUKAN JALAN PENYELESAIAN.

terkejut. ya memang terkejut bila tengok result untuk semester 1 aku di usm. sememangya aku sudah jangka. tapi jauh di lubuk hati aku berdoa agar tuhan bagi aku peluang untuk lulus dengan cemerlang.

aku bakal menduduki semula kertas kejuruteraan mekanik untuk semester 3. terkilan juga bila mengenangkan GAGAL terpampang jelas dalam slip. hmmpp dugaan.

sungguh aku tak sangka yang aku akan jatuh sebegini teruk.

rindu zaman dimana aku disanjung oleh mama ayah guru dan rakan. bermula dari tadika hingga darjah 6 aku mahu semuanya kembali. mustahil.

mungkin ini takdirmu ya Allah. ak redha. sesungguhnya aku percaya dengan qada' dan qadarmu. jika kejatuhan ini yang sebaiknya untuk aku menjadi hambamu yang taat.. aku redha.

No comments: